Sunday, 7 July 2013

Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen?

Benarkah Dakwaan Bahawa Rumpai Laut Tiada Kolagen? 

Sejak akhir-akhir ini, terdapat penyebaran dari individu-individu dan 
blog-blog tertentu bahawa rumpai laut tidak mengandungi kolagen dan tiada 
langsung kebaikan dalam bidang kosmetik. 

Saya harap anda tidak terpengaruh dengan dakwaan ini kerana kemungkinan besar 
ia disebarkan oleh pengusaha-pengusaha kolagen dari sumber lain yang cemburu 
dengan industri rumpai laut yang mencecah 4 bilion setahun di Malaysia. 

Sejak keberkesanan rumpai laut dalam bidang kosmetik dan kesihatan 'meletup' 
di Malaysia, jualan produk-produk kolagen lain merosot dengan mendadak. Kenapa 
tidak, rumpai laut adalah jauh lebih murah berbanding dengan produk-produk kolagen tersebut. 
Perbuatan sabotaj seperti ini pernah terjadi kepada industri minyak sawit kita suatu ketika dahulu. 
dimana pengusaha-pengusaha industri minyak Soya, khususnya dari US pernah memfitnah minyak 
Kelapa Sawit boleh menyebabkan kanser. 

Projek Rumpai Laut adalah adalah salah satu projek yang dimulakan oleh 
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas 
Tani Malaysia. Kajian-kajian telah dilakukan oleh pakar-pakar dari UMS, British
 Medical Board, Harvard dan banyak lagi pakar-pakar dari dalam dan luar negara 
yang mendapati bahawa rumpai laut mengandungi pelbagai khasiat yang sangat tinggi bukan sahaja 
unutk kesihatan, tetapi juga untuk kecantikan.

Jika anda menerima penyebaran sebegini jangan like atau share kerana anda 
bersubahat menghancurkan industri rumpai laut negara. 

Perlu diingatkan bahawa industri rumpai laut 90% terdiri dari kaum bumiputra, 
sedangkan sarang burung Walit 83% terdiri dari bukan bumiputera dan industri 
kolagen lain hampir 100% bukan bumiputera. 
Jadi jangan anda bantu hancurkan industri ini. 

Sebaliknya, anda boleh like atau share info ini bagi menyedarkan masyarakat akan 
taktik-taktik halus sesetengah golongan ini. Insyaallah dari masa ke semasa, 
saya akan buat sedikit-demi sedikit pendedahan tentang kajian-kajian tentang 
rumpai laut ini dan mendedahkan penipuan-penipuan yang 
disebarkan oleh individu-individu tersebut.

No comments:

Post a Comment