Tuesday, 27 November 2012

rumpai laut

Rumpai Laut Kering

Supplier Rumpai Laut Kering Berkualiti Gred AAA (Violet) dan Gred AA (Pure White)
Rumpai Laut Kering (Seaweed) @ Collagen Terbaik Dijamin Bersih
Atau Anda boleh melayari website www.seaweedsemporna.com
Dijamin Halal dan Bersih...... Jika order Banyak... Harga Boleh Bincang....
Harga Hebat dan bersih
Gred AAA (violet/brown) 1kg = RM 20
Gred AA (putih) 1kg = RM 18
Hubungi saya atau boleh sms di 01119561637 ( Hadi ) Kos Penghantaran tertakluk Kepada Pejabat Pos Malaysia
email:hadicirta@gmail.com
semua harga Diatas tidak termasuk kos penghantaran pos.
1) kos pos laju untuk 10kg =>11.5kg lebih kurang RM 130 (2-4 hari )
15kg =>16.5kg lebih kurang RM 190
2) kos pos malaysia udara 10kg =>11.5kg lebih kurang RM 60 (1 - 2 minggu)
15kg =>16.5kg lebih kurang RM 80
3) kos pos malaysia laut 10kg = lebih kurang RM 20 (dalam 1 bulan atau lebih)

 * untuk Penempahan anda boleh menghubungi/sms 01119561637 (Hadi) 
KAEDAH PENYEDIAAN A
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman, (paling bagus rendam 2-6 jam aje agar
khasiatnya x berkurangan,tapi agak berbau sikit...)
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong  ke dalam periuk untuk direbus
(kalau nak keras mcm agar2 kurangkan sikit air)
5. Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum ditapis & diletakkan ke dalam bekas, simpan dalam peti ais (stok untuk 4 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah sisa dr tapisan tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
Cara Pengambilan :
1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)



Cara Membuat Masker :
1. Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2. Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3. Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci


air rendaman semalaman rumpair laut ni jgn dibuang ya...
- boleh buat rendam kaki lak utk hilangkan rekahan... pastu baru buang..
- sapu kat kepala, biar kering sebentar, bilas.. utk masalah kelemumur & rambut x berapa nak ada..
- sapu kat kulit tubuh ala2 lulur.. biar kering jap then bilas..

KAEDAH PENYEDIAAN B

1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2. Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3. Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4. Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5. Masak dengan api yang perlahan dalam 30-45 minit. Kacau sehingga hancur. Boleh juga dicampurkan dengan gula batu atau ginseng
6. Biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais

Cara Pengambilan :

1. Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - lebih elok dimakan begitu saja
3. Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
4. Jika masak kolagen tanpa mencampurkan dengan gula batu atau ginseng, boleh juga dijadikan sebagai masker

Resepi 
Cencaru Sumbat Rumpai Laut
2 ekor ikan cencaru besar
Serbuk kunyit
Garam
3 sudu besar cili kisar
10 gm rumpai laut (direndam)
1 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 ulas bawang merah (ditumbuk)
Ikan bilis (ditumbuk)
Daun pandan

Belah belakang ikan cencaru tetapi jangan sampai putus.

Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.

Sediakan bekas, campurkan cili kisar, rumpai laut, bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan garam secukup rasa. Kacau hingga sebati.

Sumbatkan kesemua bahan tadi ke dalam belahan belakang ikan.

Balut ikan dengan daun pandan. Panaskan ketuhar dan bakar ikan hingga masak.



Kerabu Rumpai Laut

Semangkuk sedang rumpai laut (yang sudah direndam lembut)(dibersihkan dan dipotong kasar)
5 sudu besar kelapa parut putih (lumatkan)
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji bawang besar (dipotong halus)
1 sudu kecil lada hitam
5 sudu besar kelapa goreng (dijadikan mcm kerisik)

Gaulkan semua bahan di atas bersekali dengan rumpai laut.
Boleh dihidangkan.

Ratu Segala Makanan

Tuesday, 6 November 2012

Cara - cara Memproses Rumpai Laut Gred AA.

cara2 memporses rumpai laut... 

1. Letak kan rumai laut ke dalam satu plastik lutsinar bersaiz besar seberat kira - kira 6 kg setiap     pastik lutsinar...

 2. Kaedah jemur @ steam digunakan untuk rumpai laut Gred AA... jemur(steam) rumpai laut yg sudah di bungkus di atas matahari selama 2-4 hari di dalam plastik sehingga kelihatan keputih - putihan...

 3. Setelah rumpai laut kelihatan keputih - putihan keluarkan rumpai laut tersebut. selepas itu, cuci rumpai laut tersebut menggunakan air laut.

 4. Selepas rumpai laut tersebut dicuci menggunakan air laut, keringkan rumpai laut di tempat yang rata seperti di atas papan. lalu keringkan rumpai laut tersebut selama 4 - 5 hari untuk menjalankan proses pengeringan rumpai laut Gred AA. Elakkan rumpai laut tersebut terkena air kerana akan menyebabkan kerosakan struktur dan kandungan rumpai laut tersebut.

5. Selepas mengikuti proses ini terhasilnya rumpai laut Gred AA.